Monday, 23 September 2013

Hentikan penderaan kanak-kanak.


Hai..hari ni saya nak berkongsi pendapat tentang penderaan kanak-kanak.disamping saya buat assignment  yang bertajuk child abuse or battered syndrome ,boleh lah saya kongsikan apa yang saya dapat dari bahan bacan dan hasil dari kertas kerja yang saya lakukan.. sharing is caring..
 


gambar dipetik dari Kosmo 30 nOv. 2010


Bukankah anak itu amanah tuhan  yang perlu disayangi dan diberikan kasih sayang agar menjadi insan yang berguna pada masa kan datang.Namun ada juga segelintir manusia yang jiwanya kosong sehingga sehingga hilang akal fikiran yang waras sanggup menyakiti tubuh kecil yang tidak berdosa yang tidak berdaya...
 

Kes penderaan kanak-kanak pada tahun lalu meningkat 17.8 peratus kepada 285 kes berbanding 242 kes pada 2011, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM)-Sumber berita harian.
 
Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
 
Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual.
Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.
 
 
Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian. Sebab-sebab keganasan terhadap kanak-kanak adalah kompleks. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. 





PLEASE  STOP CHILD ABUSE..